Amimy Kitchen menyediakan katering hari raya serendah 100pax – 500pax untuk seluruh Selangor dan Kuala Lumpur
Ahlan wasahlan yg Ramadhan. Ya. Hari ni merupakan hari pertama umat islam berpuasa bagi tahu 2022 atau 1 Ramadhan 1442. Bersempena bulan yang mulia ini kami ingin memaklumkan yang kami membuka tempahan untuk katering berbuka puasa dan katering hari raya untuk seluruh Selangor dan Kuala Lumpur terutamanya di Shah Alam dan Subang.
Dengan pergerakan dihadkan sekadar dalam negeri masing-masing, diharapkan hari raya kali ini akan terus dapat merapatkan hubungan kita dengan kenalan atau saudara berdekatan kita.
Sambutan hari raya yang bakal tiba ini pastinya ditunggu-tungu oleh semua lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan orang Islam. Walaupun sambutan hari raya kali ini berlainan, namun tradisi jamuan untuk berbuka puasa dan hari raya terutamanya rumah terbuka tetap akan diteruskan. Sama ada di rumah, pejabat, dewan, hotel dan lain tempat, kami sedia menyajikan hidangan terbaik untuk majlis hari raya anda.
Untuk tempahan katering hari raya, anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan pakej-pakej yang menarik dan eksklusif. Kami pastikan jamuan hari raya anda dihidangkan dengan menu yang menarik dan sajian terbaik untuk tetamu jemputan anda.
Di Malaysia, setiap negeri mempunyai juadah hari raya yang unik dan tersendiri. Namun terdapat menu wajib yang hampir seluruh negeri menikmatinya. Berikut adalah antara juadah tradisi popular kami tawarkan.
Lemang – Tidak sah jika sambutan hari raya ini jika tiada hidangan lemang. Lemang diperbuat menggunakan beras pulut serta santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh. Lemang memang sudah terkenal sejak zaman berzaman lagi dan menjadi juadah wajib hari raya bagi setiap keluarga terutamanya di kampung seperti di Perak.
Ketupat – Ada beberapa jenis ketupat seperti ketupat nasi dan juga ketupat daun palas. Kami menyediakan menu ketupat nasi/nasi impit dan ketupat daun palas yang merupakan menu wajib di hari raya.
Rendang – Rendang daging/ayam menjadi pelengkap hidangan lemang dan ketupat. Rendang pedas dan rendang tok sememangnya enak dimakan bersama lemang dan ketupat. Kami pastikan rendang ayam dan daging kami hanya yang terbaik untuk anda.
Kuah kacang – Walaupun kuah kacang ini boleh didapati setiap hari, namun ianya lebih enak dinikmati pada hari raya bersama ketupat dan nasi himpit.
Kami ada pelbagai pakej untuk majlis rumah terbuka anda.
Pakej katering hari raya termasuk pramusaji
Pakej jimat katering hari raya
Selain itu mengikut kelaziman dan tradisi hari raya di negeri dan tempat masing-masing, kami juga turut menyediakan juadah seperti laksa johor, mee kari, bihun sup, lontong, soto, dan lain-lain untuk dijamu kepada tetamu di hari raya. Tidak ketinggalan juga kuih-muih sebagai pemanis majlis untuk menambahkan lagi kepelbagaian menu dalam majlis anda. Jadikan hari raya anda meriah dengan pelbagai juadah yang menarik, pasti jemputan anda balik dengan senyuman.
pakej katering hari raya rumah terbuka:
Pakej katering hari raya termasuk pramusaji
Pakej jimat katering hari raya
Antara menu wajib untuk rumah terbuka:
Lemang/Ketupat
Nasi Impit + Kuah Kacang
Rendang Ayam/Ayam Masak Merah
Rendang Daging/Dendeng
Lontong
Lontong Kering Jawa
Nasi Briyani/ Nasi Tomato
Kurma Daging/Kari Daging/Briyani Daging
Briyani Kambing
Dalca Sayur/Jelantah
Sate Ayam
Roti Jala
Kuih Tradisional (kuih talam, karipap, apam dll)
Buah- Buahan
Air Kordial & Teh Tarik
Pastikan raya tahun ini menjadi hari raya yang paling meriah dengan jamuan hari raya sama ada rumah terbuka, jamuan raya di pejabat, bersama kawan, atau saudara mara. Raya tahun ini dapat diteruskan tradisi menghidangkan juadah hari raya ini walaupun sambutan hari raya dan ziarah dihadkan. Keunikan tersendiri makanan tradisi ini meyerlahkan lagi kekayaan budaya masyarakat Malaysia. Keunikan tradisi ini haruslah diwariskan kepada generasi seterusnya agar ia kekal terpelihara. Pastikan Amimy Kitchen katering Shah Alam menjadi pilihan katering hari raya dan rumah terbuka anda. Tempah pakej katering hari raya anda sekarang.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.
Follow kami:
Instagram: https://www.instagram.com/amimy.kitchen.catering
Facebook: https://www.facebook.com/amimykitchencatering
Hilangkan keraguan anda. Baca ini:
https://amimykitchen.my/katering-shah-alam-terbaik/
Baca Selanjutnya: Katering Shah Alam untuk anda
Hubungi Kami:
Whatsapp: 011-63301068
Email: amimy06@gmail.com