Pakej kahwin di Dewan Seri Hatinie – Pakej Kahwin Lengkap dan menjimatkan
Anda mencari pakej dewan yang lengkap dan jimat? Dewan Seri Hatinie adalah pilihan yang tepat untuk mengadakan pelbagai jenis majlis. Dewan ini terletak di tingkat 2 dalam Plaza Alam Sentral di Seksyen 14, Shah Alam.
Dewan ini Menawarkan dewan yang selesa dan sesuai untuk majlis perkahwinan dan majlis korporat serta boleh menempatkan sehingga 1000-1200 tetamu jemputan.
Amimy Catering turut menyediakan pakej lengkap untuk majlis perkahwinan, akad nikah, hari jadi, aqiqah, majlis korporat, makan malam atau Annual Grand Meeting dan lain-lain majlis yang anda ingin adakan. Hubungi kami dan maklumkan jenis majlis dan jumlah jemputan anda. Kami sedia untuk menguruskan sebarang majlis.
Pakej Lengkap Dewan Seri Hatinie
Melalui pakej perkahwinan lengkap yang ditawarkan, anda bukan sahaja tidak perlu memeningkan kepala memikirkan mengenai sajian. Dewan ini juga dilengkapi dengan pelamin, dekorasi & kelengkapan dewan.
Pakej perkahwinan kami juga termasuk busana pengantin, solekan, deejay dan kek pengantin. anda juga boleh menempah perkhidmatan jurugambar/juruvideo untuk melengkapkan pakej yang ditawarkan. Tempahan pakej perkahwinan lengkap di Dewan Sri Hatinie akan memudahkan urusan perkanwinan anda.
Bagaimana untuk menempah Dewan Seri Hatinie?
Tempahan pakej kahwin di Dewan adalah sangat mudah. Hubungi kami dan maklumkan tarikh majlis dan jumlah tetamu jemputan. Kami akan bantu untuk melancarkan majlis istimewa anda.