Memilih dewan kahwin yang sesuai untuk majlis istimewa anda adalah penting untuk memastikan majlis anda menjadi majlis yang akan diingati oleh pasangan, keluarga dan tetamu yang hadir. Ikut tips yang saya berika untuk memilih dewan kahwin yang tepat.

Memilih dewan kahwin yang tepat akan mempengaruhi keseluruhan majlis istimewa anda. Tempat yang sempurna akan menggembirakan pengantin, ibu bapa, kelarga dan tetamu. Sebaliknya dewan yang serba kekurangan akan menjejaskan mood majlis. Oleh itu, kami ingin memberikan beberapa panduan yang boleh anda jadikan rujukan.

Jika anda tidak tahu di mana untuk bermula, anda boleh melihat dewan kami dan kemudahan yang disediakan untuk jadikan rujukan. Kami menyediakan pakej dewan perkahwinan terbaik dengan harga yang berpatutan di Shah Alam, Klang, dan Subang. Tips yang saya berikan boleh digunakan di mana sahaja anda berada!

Jom saya tunjukkan bagaimana untuk memilih dewan kahwin yang tepat

 

  1. Fikirkan apa yang anda berdua mahukan dalam memilih dewan kahwin

Hari persandingan adalah tentang anda dan pasangan, dan dewan yang dipilih haruslah menepati citarasa kedua pasangan! Bekerjasama untuk mencari tempat yang sesuai dengan citarasa kedua-dua belah pihak. Sama ada anda memilih dewan bertemakan moden, perkahwinan didalam taman atau yang dewan yang ringkas, pastikan ia adalah kehendak anda berdua atau keluarga.

Memilih dewan kahwin shah alam klang

  1. Menentukan bajet untuk majlis

Kami tahu, ini bukan nasihat kami yang paling romantis, tetapi bajet adalah perkara yang penting. Dan pasti, anda boleh mencari tempat yang cantik, walaupun pada bajet yang paling sederhana. Kami menawarkan pelbagai pakej majlis di dewan atau rumah yang sesuai dengan bajet anda.

Tentukan amaun yang sesuai yang anda mahu belanjakan dan kekal dengan bajet tersebut. Fokus dalam mencari pakej yang sesuai dengan bajet anda. Tak perlu membuang masa melihat pakej dewan yang jauh lebih tinggi dari bajet anda. Sebagai contoh bajet anda RM16,000. Jika anda melihat dan memilih untuk menukar bajet untuk mengambil pakej dewan yang hampir RM25,000 ianya mungkin akan menjejaskan bajet anda untuk perkara lain terutamanya selepas majlis perkahwinan anda.

  1. Pertimbangkan lokasi yang sesuai

Di mana anda berkahwin adalah salah satu keputusan terpenting anda kerana memilih lokasi yang betul adalah kunci untuk memastikan seramai mungkin orang boleh hadir. Jika anda ingin menjemput saudara mara yang sudah berusia atau orang kampung, fikirkan lokasi yang memudahkan perjalanan mereka.

  1. Fikirkan berapa besar ruang yang anda perlukan

Kirakan berapa ramai jemputan anda? Adakah anda mahukan 300 orang yang hadir atau atau sehingga 600 atau 1000 jemputan? Tentukan jumlah bilangan tetamu yang akan anda jemput akan memudahkan untuk memilih tempat yang sesuai. Anda tidak mahu beratus-ratus orang bersesak-sesak dalam dewan yang terlalu kecil dan anda juga tidak mahu dewan yang terlampau besar untuk tetamu yang sederhana ramai.

  1. Dengar cadangan dan ulasan dewan

Pada hari besar anda, perkara nombor satu yang anda mahukan ialah agar semuanya berjalan lancar dari awal sehingga ke akhir majlis. Jadi buat kajian anda! Baca ulasan dan dapatkan cadangan tempat yang berpotensi untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan terbaik. Tanyakan rakan-rakan anda jika mereka pernah buat majlis di dewan yang sama. Baca review atau ulasan di internet tentang kelebihan dan kekurangan sesebuah dewan perkahwinan.

  1. Buat senarai yang mesti ada di dalam pakej

Fikirkan dan tulis senarai yang anda mahukan dalam majlis istimewa anda nanti. Keperluan anda, perkara yang wajib ada untuk majlis perkahwinan, seperti pelamin, hiasan di dalam dewan, pa system dan dj, jenis kerusi & meja, kemudahan dewan seperti tempat letak kereta, dan lain-lain.

Busana, solekan, kek kahwin juga boleh dimasukkan dalam senarai item yang perlu ada dalam pakej anda. Jika tak ada dalam pakej atau anda tidak berkenan dengan yang disediakan oleh pihak dewan, mungkin boleh cari di luar sebagai contoh busana dan kek kahwin yang mungkin sesuai dengan bajet dan citarasa anda.

Tidak kurang juga katering yang terbaik perlu menjadi pilihan anda. Pastikan pilihan katering anda semestinya Amimy Catering Shah Alam, yang juga menyediakan dewan perkahwinan di Shah Alam, Klang dan Subang.

Memilih dewan kahwin shah alam klang

  1. Melawat dewan

Kami tidak boleh cukup menekankan perkara ini. Pergi dan lihat dewan yang anda berkenan di hati anda sebelum anda membuat keputusan. Mungkin anda ada dua atau 3 dewan yang anda tertarik, pergi dan lihat sendiri keadaan dan kemudahan yang ada di dewan tersebut. Bincangkan mengenai apa yang ada dan apa yang tiada. Jika dalam pakej sudah lengkap, dan anda pun berpuas hati, anda boleh membuat keputusan untuk langkah seterusnya.

  1. Buat tempahan dengan segera

Ramai pelanggan yang hubungi kami untuk bertanyakan pakej dewan. Ada yang sudah datang untuk melihat dewan yang diingini tapi tidak membuat keputusan sehingga saat akhir. Tinggal dua atau tiga bulan dah nak sampai tarikh majlis baru hubungi kami untuk buat tempahan dewan.

Ramai yang kecewa dan terpaksa tukar dewan atau buat majlis di rumah kerana dewan yang berkenan di hati dah ada orang lain buat tempahan lebih awal. Sebab itu penting buat tempahan awal, Cuma perlu bayar deposit sahaja untuk kami lock dewan untuk tarikh pilihan anda. Ini kerana beberapa dewan kami memang cantik dan menjadi impian ramai pasangan untuk buat majlis di situ.

Ada dewan yang sudah penuh tempahan sehingga 7 bulan akan datang. Seeloknya buat perancangan awal dan tempah selewatnya 4@5 bulan sebelum tarikh majlis.

Mudah-mudahan, tips ini dapat membantu anda dalam mencari dewan perkahwinan idaman anda. Mula membuat perancangan awal untuk memudahkan kedua-dua belah pihak dan memastikan majlis anda berjalan dengan lancar.

Kembali ke laman utama